Naib Ketua PPBM Bersama Adiknya Tinggalkan Parti Tun Mahathir


IPOH - Hamizura Osman turut mengikut jejak kakanya Datuk Hamidah Osman, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengambil keputusan keluar parti itu semalam.

Mendedahkan perkara itu di laman Facebook, Hamizura memberikan respons “ya” terhadap soalan sama ada beliau akan bertindak keluar parti kepada rakan media sosialnya.

“Ikut sekali,” kata Hamizura lapor sebuah laman portal.

Hamizura berkata beliau tidak akan menyertai semula UMNO atau PKR, yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH) bersama PPBM.

“Insya-Allah, saya tidak akan membuat U-turn,” ujarnya.

Pada 13 September, Hamizura mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan berbaur perkauman menerusi Facebook.

 Hamizura merupakani ahli ketiga berbuat demikian (tinggalkan PPBM) dalam masa sehari selepas Hamidah dan bekas Ketua Srikandi , Anina Saadudin.

Semalam, Anina mengumumkan beliau keluar parti yang telah membantu menubuhkannya tahun lalu sambil mendakwa beliau telah dianiaya oleh PPBM.

Hamidah membuat pengumuman tersebut melalui akaun Facebook miliknya malam tadi  dengan menunjukkan surat perletakan jawatan yang ditujukan kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya melepaskan jawatan saya sebagai Naib Presiden dan Ketua Bahagian Gopeng serta keahlian PPBM berkuat kuasa serta merta.

“Keputusan ini saya buat dengan hati yang berat dan saya juga ingin memohon ribuan maaf kerana terpaksa melepaskan jawatan. Saya doakan agar PPBM terus maju jaya.- Kedahnews.com