AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi mempersoalkan keterangan bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Puad bertanya sama ada Nor Mohamed ingin membalas jasa Tun Dr Mahathir Mohamad kerana melantiknya sebagai penasihat kewangan.
"Jangan pula kerana diberi peluang semula sebagai penasihat kewangan kepada perdana menteri semasa krisis kewangan tahun 1997/1998 menyebabkan Nor Mohamed bersedia menjadi kambing hitam hingga sembunyi fakta sebenar mengenai skandal kewangan yang menyebabkan negara kerugian puluhan bilion ringgit ketika itu," kata Ketua Pengarah JASA itu.
Puas mengulas keterangan Nor Mohamed pada Rabu lalu sebagai saksi di RCI selaku bekas penolong gabenor BNM ketika kerugian berbilion dolar itu dicatatkan.
Antara lain, Nor Mohamed berkata beliau selaku orang yang bertanggungjawab dalam urusniaga forex itu tidak pernah memaklumkan atau berbincang dengan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir, ataupun bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
Puad berkata Nor Mohamed mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu tetapi pada masa sama menafikan dia bertindak bersendirian dalam urus niaga forex.
"Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Apakah dia bermaksud gabenor BNM?" soalnya.
"Mustahil Nor Yakcop membuat keputusan bersendirian dan mustahil juga jika tiada arahan dari pihak atasan."
Menurutnya, Nor Mohamed mungkin menjadi "kambing hitam" untuk menyembunyikan fakta sebenar skandal kewangan itu bagi melindungi Dr Mahathir yang melantiknya menjadi penasihat kewangan kepada perdana menteri semasa krisis kewangan 1997-1998.
"Yang pasti Nor Mohamed cuba mengelak daripada mengaitkan perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu," kata Puad.
Kerugian yang dicatatkan selama beberapa tahun sehingga awal 1990-an itu berlaku di bawah pentadbiran Dr Mahathir, sementara Daim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan.
Sumber : FMT