Ronaldinho mungkin berusia 37 tahun tetapi ikon Brazil itu membuktikan kemahiran bolasepak dalam dirinya adalah ‘kelas’ berkekalan.
Superstar itu bersahaja menyudahkan gol beraksi dalam Liga Perdana Futsal India bersama Delhi Dragons, kelmarin.
Selepas menang 4-2 perlawanan pembukaan sebelum ini, Ronaldinho meledak hatrik untuk pasukannya yang diikat 5-5 menentang Bengaluru Royals.
Pemenang Piala Dunia itu memetik bola memusingkan badannya melepasi celah kelangkang penjaga gawang yang meluru keluar dan membuat penyudah ‘tanpa melihat’ ke arah pintu gol.
“Satu hari lagi menikmati keseronokan dan melakukan apa saya suka! tulis Ronaldinho yang berkongsi video jaringan gol itu di laman rasmi Instagramnya.
“Jaringan itu membuat saya kembali seperti zaman kanak kanak kerana banyak dipelajari daripada futsal. Saya mendedikasikan gol itu kepada keluarga Espinoza terutamanya jurulatih futsal pertama banyak mengajar saya, Cleon Espinoza.
“Anda semua sentiasa tetap dalam hati saya dan keluarga. Satu pelukan buat anda semua daripada anak hitam (black son) awak di sini.”
Bekas bintang Barcelona itu tidak beraksi untuk mana mana kelab sejak 2015 dan kali terakhir bersama kelab liga Brazil, Fluminense.-Daily Mail