Panas! Fathia Akhirnya Mengaku Dirinya Dalam Video


KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff akhirnya mengaku dia merupakan wanita berpakaian seksi dan menari bersama pelakon baharu, Natasha Elyzza dalam aplikasi video Bigo Live yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, mengakui terkejut dan berasa malu kerana dia sama sekali tidak menyangka video tersebut akan menjadi viral sedangkan ia dirakam ketika dia menghabiskan masa bersama beberapa rakan wanita di sebuah vila.

“Ya, wanita dalam video itu memang saya. Video itu dirakam ketika saya dan beberapa rakan wanita menyewa sebuah vila. Sesi menari itu berlaku di bilik mandi vila tersebut antara saya dan rakan-rakan wanita sahaja.

“Saya malu dengan apa yang berlaku. Siapa dalam minda yang waras mahu menunjukkan sebahagian tubuhnya untuk tontonan seluruh dunia?” kata Fathia.

Sumber: Kosmo