Pejabat Perpaduan Kuala Muda, Media Erat Hubungan


SUNGAI PETANI - Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Muda buat julung kali menganjurkan pertandingan bowling Aspirasi Perpaduan bersama Media Daerah Kuala Muda 2017, semalam.

Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Muda, Suria Baharum berkata, program itu bertujuan merapatkan hubungan baik antara pengamal media dengan pihaknya.

Katanya, aktiviti itu dapat menjalinkan lebih kemesraan dalam suasana riadah.

"Kami bercadang menjadikan program sama pada masa akan dengan konsep lebih santai bagi mengukuhkan hubungan dengan pihak media.

"Dalam masa sama, aktiviti beriadah juga diadakan untuk membuka peluang kepada ahli-ahli KRT  dapat bergaul rapat antara ahli dari zon berlainan dan juga bermesra dengan pihak media, sekaligus," katanya.

Suria berkata, program semalam membabitkan 16 pasukan terdiri daripada lebih 60 peserta melibatkan warga media, ahli-ahli KRT, guru tabika perpaduan, wakil Penjara Sungai Petani, Polis.

"Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dengan  jatuhan pin tertinggi membawa pulang trofi dan hamper makanan sebagai tanda menghargai komitmen peserta yang menjayakan program ini," katanya.

Pertandingan bowling yang diadakan di  Park Avenue Bowling Centre itu disertai wakil agensi media dari Sinar Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, China Press, Guang Ming Daily, Kwong Wah Jit Poh dari Daerah Kuala Muda.

Sumber: Sinar Harian