Pelajar Terselamat Sempat Pulang Ke Rumah Sebelum Kebakaran


KUALA LUMPUR - Salah seorang pelajar yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi sempat pulang ke rumahnya di Ampang, Selangor semalam.

Muhammad Ashraf Azman, 11, yang mula memasuki pusat tahfiz itu pada Julai lalu dibawa pulang oleh bapanya, Azman Endan, 40, selepas mendapati anaknya mengalami alahan pada kulit.

Menurut bapanya, dia membawa pulang Ashraf selepas menziarah anaknya itu semalam.

"Saya meminta kebenaran daripada pengurusan pusat tahfiz bagi membawanya pulang untuk dirujuk ke hospital," katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sumber: Kosmo