HANYA kerana diminta oleh bosnya supaya memakai bra ke tempat kerja, seorang pelayan telah berhenti kerja dan menyifatkan permintaan itu sebagai diskriminasi.
Geneviève Loiselle, 22, mula bekerja di East Side Mario pada bulan Mei lalu namun bosnya, yang merupakan seorang wanita telah meminta gadis yang berasal dari Ontorio itu supaya memakai bra.
“Dia melihat payu dara saya dan berkata “Gen, saya nampak dengan jelas kamu tidak memakai bra dan kamu juga melakukan tindik di puting,’’ katanya.
Pelayan itu yang menyifatkan dia memiliki dada yang kecil, berkata, tanpa bra dia berasa lebih selesa dan merupakan hak seorang wanita untuk menentukan sama ada dia mahu memakai bra atau tidak.
“Ada sesetengah lelaki mempunyai payu dara yang lebih besar dari saya, adakah mereka juga kena pakai bra?,’’ soal Geneviève.
Bosnya bagaimanapun memberitahu bahawa orang melihat badan wanita dan lelaki dari aspek yang berbeza.
Kerana tidak berpuas hati, dia telah membuat aduan kepada ibu pejabat restoran berkenaan. Bagaimanapun ramai yang bersetuju dengan tindakan bosnya itu.
“Hormati permintaan bos kau, ia lebih kepada pelanggan daripada bos.
“Adakah ia melanggar nilai-nilai kau? Jadi kau lebih penting daripada semua orang dan pelanggan yang membayar gaji kau tu?
“Seorang pekerja perlu mengikut tata cara berpakaian yang ditetapkan oleh majikan. Jika majikan menetapkan dia kena pakai bra, maka itu bukan diskriminasi,’’ demikian kecaman yang diterimanya daripada netizen.
Sumber: Mynewshub