Pemimpin PKR Keluar Parti Tak Setuju Mahathir Dilantik Pengerusi PH


TINDAKAN  Pakatan Harapan (PH) melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir sebagai Pengurusi PH mencetuskan kemarahan bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Puchong, S. Murali.

" Saya mahu  keluar PKR  hari ini". (20 September), kata Murali yang  mengumumkan keluar parti secara rasmi berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR kerana memilih Dr. Mahathir.

Selain itu, kata Murali dalam Facebooknya seperti dilaporkan MalaysiaGazette semalam, Pakatan Harapan juga tidak memberi keutamaan kepada kaum  India menduduk jawatankuasa gabungan tersebut.

Sebelum ini Ahli Parlimen Selayang, William Leong meletakan jawatan ahli biro politik PKR kerana  membantah langkah parti itu meneruskan perbincangan untuk bekerjasama dengan PAS.

PKR terus dihimpit kemelut dalaman parti ekoran masih ada pemimpin yang tidak berpuas dengan struktur kepimpinan dalam PH.

Julai lalu, Mahathir diumum sebagai Pengerusi PH dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum PH, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.

Isteri Anwar, Wan Azizah pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PH.

Murali adalah antara individu yang lantang menyuarakan penyelewengan dalam parti.

Walaupun Mahathir dilantik pengerusi PH, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai Ketua Umum PH merupakan ketua gabungan itu.

Walaupun ada pertikaian siapa ketua sebenarnya dalam pakatan pembangkang itu, UMNO dan PAS melihat pemimpin DAP merupakan ' ketua' pakatan yang sebenanrnya memandangkan kerusi DAP lebih banyak daripada kerusi milik parti gabungan lain. - Kedahnews.com