PELAKON Fattah Amin memberitahu dia sangat mementingkan penampilan agar kelihatan sentiasa bersih dan kemas.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 27, berkata, dia perlu menjaga imej dan aspek kebersihan dirinya kerana menyedari peminat sentiasa memerhati penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Sebagai selebriti, peminat akan memberi tumpuan kepada kecantikan luaran seperti penampilan dari hujung rambut hingga kaki.
"Sebab itu saya menitik beratkan aspek kekemasan dan kebersihan diri dan apa dilakukan untuk peminat dan klien produk sebab mereka akan lihat kita secara keseluruhan," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu tidak pernah berasa terbeban dengan perkara itu sebaliknya menganggap ia adalah tanggungjawab apabila bergelar selebriti.
"Kadang-kadang ada peminat komen suruh saya potong rambut, tak suka lihat rambut saya panjang dan saya ambil komen itu untuk kebaikan saya juga.
"Perkara ini dah kira seperti tanggungjawab apabila bergelar selebriti," ujarnya.
Dalam kesibukan menjalani penggambaran drama, Fattah berkata dia akan cuba mencari masa untuk bekunjung ke spa dan salon untuk penjagaan diri.
Bagaimanapun kata Fattah, dia tidak mempunyai anggaran atau jumlah kos untuk penampilannya memandangkan dia duta untuk beberapa produk penjagaan diri.
"Kalau nak ikutkan saya memang sibuk dengan penggambaran drama, tiada masa untuk pergi ke spa dan salon.
"Tapi apabila ada waktu terluang, mesti saya akan pergi ke spa untuk buat merias kuku atau pun memotong rambut.
"Saya tak dapat nak anggar berapa kos habis untuk penjagaan diri. Saya banyak jadi duta untuk produk, jadi pakai yang sedia ada," katanya.
Untuk rekod, Fattah merupakan duta dan jurucakap untuk lebih dari lapan produk kecantikan, antaranya Safi Men, Oli Candy dan terbaru Maydan.
Sumber: Mstar Online