ALOR SETAR - Pemuda UMNO Negeri menggesa tindakan tegas diambil ke atas dua pemilik akaun Facebook (FB) yang menghina institusi raja dengan kata-kata jelik ketika kerabat diraja rakyat sedang berduka berikutan kemangkatan Sultan Kedah Isnin lepas.
" Kami tidak akan menerima maaf bagi mereka yang memuat naik kata-kata jelik terhadap raja kami," kata ketuanya Datuk Saiful Hazizy Zainal Abidin hari ini.
Menurut beliau, sekalipun permohanan maaf dibuat, Pemuda UMNO mahu perbuatan mereka diambil tindakan tegas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Kami kesal dan sedih ketika rakyat dan kerabat diraja masih bersedih ada pihak tergamak mengeluarkan kata-kata yang menghina kemangkatan Almarhum," katanya pada sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sini petang ini.
Terdahulu Saiful Hazizy telah membuat dua laporan polis terhadap dibuat terhadap pemilik akaun Facebook tersebut, Hershel Tan (Jack) dan Sheikh Noor Affandi yang memuatnaik perkataan jelik di laman sosial berikutan kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim.
" Kami mengutuk keras perbuatan pemilik akaun FB itu dan mahu mereka diambil tindakan mengikut undang-undang, kata Saiful Hazizy yang memberitahu aduan berkenaan dibuat pada jam 1 petang. Turut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Hafiz Syed Mustapa serta ahli jawatankuasa Pemuda dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu beberapa pemilik akaun FB juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina institusi kesultanan Kedah apatah lagi ia dilakukan semasa kemangkatan baginda.
Yang Dipertua Gabungan Penjaja dan Peniaga Melayu Kedah, Baharuddin Mohamed Ali berkata,
tindakan membuat komentar di FB berkaitan kemangkatan Sultan Kedah bukan sahaja tidak menghormatinya tetapi perbuatanyang cukup biadap.
Perbuatan seperti itu perlu diambil tindakan tegas agar tidak mencetuskan perkara yang tidak diingini ke atas pemilik akuan berkenaan, kata Baharudin yang mewakil Perkida Alor Setar. - Kedahnews.com