Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia


PETALING JAYA - Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Anak jati Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor itu meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Samuri adalah pengasas syarikat Sate Kajang Hj Samuri & Anak-Anak Enterprise Sdn Bhd sejak tahun 2000.

Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.

Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sumber: Mstar Online