Perdana Menteri Ziarah Makam Almarhum Sultan Kedah Petang Jumaat


ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menziarah Makam Almarhum Sultan Kedah di Langgar, dekat sini petang esok  (Jumaat).

Mengikut jadual Pedana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTAS) di disini  jam 5.30 petang daripada Lapangaan Terbang Antarabangsa Dubai.

Beliau akan terus ke Makam Diraja Langgar sebaik pesawat khas  mendarat. 

Perdana Menteri berada di Washington unutk lawatan kerja selama tiga atas undangan Presiden Amerika Syarikat Donald J.Trump semasa hari kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada 2.30 petang Isnin lepas.

Istiadat pemakaman berlasung pada jam 4 petang hari Selasa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili kerajaan Persekutuan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu Makam Diraja Langgar terus di ziarahi oleh rakyat negeri Kedah.

Turut berangkat menziarah dan membaca doa di makam Almarhum Sultan Kedah semalam ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu, bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, beliau menziarahi makam Almarhum bersama lima pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Ar-Riyaadah bagi menitipkan mendoakan buat baginda.

“Kami membaca al-Quran dan membuat tahlil untuk Almarhum Tuanku Abdul Halim. Saya bukan sahaja mengasihi Almarhum sebagai seorang sultan malah menganggap baginda seperti seorang ayah.

“Saya masih ingat lagi, sepanjang lapan tahun perkhidmatan saya sebagai Mufti Kedah, Almarhum tidak berhenti berpesan kepada saya supaya menjaga agama di negeri ini dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada wartawan di sini semalam.

.Syeikh Muhamad Baderudin berkata, beliau dijadualkan menghadap Almarhum pada Isnin lalu, namun sebaliknya menerima perkhabaran duka pada kira-kira pukul 2.30 petang tersebut.
“Sepatutnya, saya menghadap baginda pada pukul 5 petang Isnin lalu, namun kehendak Allah 
baginda telah mangkat pada jam 2.30 petang, kata  beliau - Kedahnews.com