Pulau Pinang Banjir Lagi


GEORGETOWN - Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan, di sini, dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 0.3 meter.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Pinang, Batu Feringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

Difahamkan, lebih 20 penduduk di kawasan Teluk Kumbar sudah dipindahkan ke Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar selepas kediaman mereka dinaiki air.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, hujan lebat disusuli angin kencang itu turut mengakibatkan pokok tumbang di Paya Terubong dan tanah runtuh di Batu Ferringhi, awal pagi tadi.

Laporan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri pula menunjukkan paras air di Sungai Pinang kini sudah melepasi paras amaran dua meter.

Hujan yang masih renyai serta banjir kilat turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Sumber: BH Online