Punca Kanak-Kanak Gemuk


LONDON - Satu kajian baru-baru ini mendedahkan rata-rata wa­ni­ta yang hamil dan mengalami tekanan darah tinggi mem­punyai kebarangkalian ting­gi melahirkan anak gemuk.

Daily Mail melaporkan, sekumpulan penyelidik dari dua universiti terkemuka di China dan London mendapati, seba­nyak 49 peratus wanita yang mengalami tekanan darah tinggi mempunyai peratusan tinggi anak mereka menghidap obesiti.

Kegemukan dalam ka­la­ngan kanak-kanak adalah ma­salah yang menghantui seluruh dunia dengan hampir 42 juta kanak-kanak gemuk direkodkan pada tahun 2013.

Universiti Qingdao di China dan Universiti Cambridge, Uni­ted Kingdom telah melakukan kajian paras tekanan darah dan berat ibu dan anak di tenggara China dari 1999 hingga 2013 sebelum mencapai kesimpulan itu.

Pensyarah dari Universiti Qing­dao, Dr. Ju-Sheng Zheng yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan itu berkata, tekanan darah dikaitkan dengan risiko berat badan berlebihan untuk anak mereka.

“Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan aliran darah dari plasenta (uri) ke janin berkura­ngan,” katanya.

Tambah Zheng, semua wa­nita hamil dan doktor harus memantau dan cuba untuk mengurangkan tekanan darah ketika kehamilan khas­nya pada tempoh pertengahan hingga akhir kehamilan.

Dianggarkan lebih 42 juta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah memenuhi kriteria untuk mengalami masalah gemuk atau berat badan berlebihan malah sejak 1990, lebih 32 juta kanak-kanak gemuk.

Sumber:Utusan Online