Punca Kebakaran Dipercayai Kerana Litar Pintas


KUALA LUMPUR - Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.

“Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.

“Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sumber: Utusan Online