NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli akui kehebatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah meninggalkan PKR dan menyertai semula UMNO dua hari lepas.
Menurut Rafizi beliau menghormati keputusan bekas Naib Presiden UMNO itu kembali semula kepada parti perjuangan asalnya.
"Cuma saya terkilan kerana kami banyak meluangkan masa turun ke kampung-kampung bersama (berkempen).. Saya tahu jiwa beliau rapat dengan orang kampung, " kata Rafizi yang dipetik dari Sinar Harian semalam.
“Beliau rasa, UMNO adalah platform terbaik untuk membela orang Melayu dan penduduk kampung. Saya hormati pandangan beliau. Pendekatan PKR dalam membela orang Melayu berbeza dengan yang dibawa Umno,” katanya
Kata Rafizi mendakwa ketiadaan Muhammad Taib ( Mat Taib) bagaimanapun, tidak menggugat kedudukan PKR.
Semasa mengumumkan untuk kembali bersama UMNO, Muhammad Taib menyatakan perjuangannya bersama PKR adalah sia-sia kerana parti itu tidak memperjuangkan agenda Melayu.
Bekas Ketua Penerangan UMNO dan bekas Menteri kabinet itu juga melihat Pakatan Harapan kini dikuasai oleh DAP bukannya parti -parti sekutunya yang mewakli Melayu.
Sementara itu dalam kenyataan yang dipetik daripada portal berita, tv14.my hari ini Mat Taibd mendedahkan bahawa pemimpin-pemimpin Melayu dalam parti itu asyik ‘berperang’ dan cuba ‘jatuh-menjatuhkan’ antara satu sama lain.
Perkara itu sering berlaku dalam mesyuarat majlis Ttrtinggi parti berkenaan yang pernah beberapa kali dihadirinya.
Hanya pemimpin-pemimpin bukan Melayu yang kuat bercakap atau bertekak, tanpa pernah menyebut soal hak dan kepentingan Melayu, kata Mat Taib lagi..
Menurut beliau, kumpulan Azmin (Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) ‘berperang’ dengan kumpulan Rafizi Ramli (Naib Presiden).
"Yang bukan Melayu sokong Azmin. Azmin selesa dibuai oleh geng-geng ini. Jual banyak tanah. Tidak pernah sebut pun hal dan kepentingan Melayu.
“Kalau inilah rupa kerajaan yang nak memerintah negara, tidak tahu ke mana nanti kepentingan orang Melayu dan Islam,” katanya- Kedahnews.com.