Rakyat Kedah Mahu Tindakan Tegas Atas Kebiadaban Pengguna FB Persenda Kemangkatan Sultan



ALOR SETAR - Rakyat Kedah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan di atas kebiadaban pengguna FB yang mempersenda kemangkatan Sultan Kedah.

Perbuatan seorang pengguna FB itu tular di laman sosial sejak semalam. Ia dimuat naik dalam akaun FB milik Nga Kor Meng tetapi telah dipadamkan selepas itu.

Beberapa pemilik akaun FB menyifatkan perbuatan itu sebagai amat biadap serta tidak  menghormati kesedihan kerabat raja-raja dan negeri ini.  

Sobri Sudin dalam reaksinya di FB menulis ' Mereka.. menghina Sultan kami yang menjadi payung, dan kebanggaan Kedah. Tangkap segera spesis begini...

Zainol Asha'ari Ahmad dalam komennya pula menyatakan " Biadap...PDRM sila ambil tindakkan dan umumkan pada umum untuk dijadikan teladan. 

Wan Shamsudin Wan Yahya yang turut melahirkan kekesalan berkata, 'mereka mesti ditangkap dan terajang ke penjara..Dasar kurang ajar.'

Seorang lagi pemilik akai FB , Che Dan Saad  turut mengutuk tindakan itu,..."Biadap macam tu.....kena ambik tindakan yang berat supaya tidak dijadikan jadi contoh di masa hadapan. 

Banyak dah yang berlaku,  contohnya hina bendera kebangsaan mereka masih lagi melampau,' kata Che Dan. - kedahnews.com