RM30 Juta Naik Taraf Infrastruktur Maahad Tahfiz


KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membantu menaik taraf pusat tahfiz swasta di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian dana tersebut sekali gus menyangkal dakwaan kononnya kerajaan tidak mempedulikan sekolah agama swasta berkenaan.

Kata Najib, satu mesyuarat akan dipengerusikan Timbalan Perdanan Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Selasa ini untuk melihat semula kedudukan maahad tahfiz.

"Saya difahamkan ada diantara maahad tahfiz yang mengikut piawaian, pendaftaran Majlis Agama Islam negeri dan Bomba. Kita lakukan siasatan di setiap maahad tahfiz.

"Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada semua maahad tahfiz bagi dinaiktaraf secara fizikal di seluruh negara," katanya selepas melakukan lakukan ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini semalam.

Turut mencemar duli, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. -

Sumber: Utusan Online