Rumahtangga Rooney berserabut Coleen naik angin


PEMAIN bolasepak kelab Everton, Wayne Rooney dikatakan bergelut menyelamatkan rumahtangganya selepas isterinya Coleen meninggalkan kediaman bernilai £6 juta pound (RM33 juta) mereka - atas dakwaan dia 'mencium dan memeluk' seorang wanita lain sehari sebelum ditahan polis, Jumaat lalu.

Coleen, 31, kini mengandung anak keempat pasangan terbabit dipercayai mengugut suaminya, Rooney atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk dan keluar malam bersama seorang ibu tunggal seorang anak, Laura Simpson, 29.

Dengan nada marah, dia memberitahu Wayne: “Dunia mentertawakan saya kerana awak.”

Mereka sudah berkahwin selama sembilan tahun sejak mula berkenalan pada usia 16 malah Coleen tetap setia biarpun Wayne pernah ditangkap meniduri pelacur.

Bagaimanapun kali ini dia benar benar kecewa dengan nada marah berkata: “Bagaimana awak dapat melakukan perkara seperti itu ketika saya sedang mengandung? Macam mana awak boleh menjadi sangat bodoh?’, lapor Sunday Mirror.

Laura, seorang pekerja pejabat, berasal dari Irlam, dekat Manchester memberitahu dia berkemungkinan akan tidur dengan Rooney sekiranya tidak ditahan bersama kereta VW Beetle miliknya dipandu Rooney pada awal pagi Jumaat lalu.

Coleen bersama tiga anak lelaki pasangan itu kini tinggal bersama ibu bapanya, Colette dan Tony McLoughlin di Liverpool dan meninggalkan Rooney berseorangan di rumahnya terletak di Prestbury, Cheshire.

Keluarga isteri Rooney juga enggan bercakap kepada Rooney kerana bimbang anak anaknya akan diejek di sekolah minggu ini disebabkan kes bapa mereka mabuk bersama seorang wanita lain.

Menurut seorang rakan, Coleen merasakan perkahwinan mereka 'sudah berakhir' manakala penyerang Everton itu 'tidak tahu berbuat apa apa untuk dirinya'.

Wayne ada memberitahu rakan rakannya dia bimbang perkahwinannya dengan Coleen akan berakhir berikutan kes itu.

Selepas keluar malam bersama rakan rakan termasuk rakan sepasukan Manchester United Wes Brown, penyerang Everton itu meninggalkan kelab malam Symposium di Wilmslow, Cheshire, jam 1.30 pagi bersama Laura Simpson.

Mereka menaiki teksi mengambil kereta Beetle yang diletakkan lebih satu kilometer daripada kelab terbabit.

Seorang kawan Wayne berkata: “Wayne tidak tahu hendak buat apa. Dia perlu meminta maaf kepada Coleen atas sebab banyak perkara pada masa lalu tetapi kali ini memang paling sukar. Dia benar benar marah dan naik angin.”

Rooney dianggar bernilai lebih £80 juta pound (RM442 juta) dan andai pasangan itu bercerai perpisahan mereka membabitkan tuntutan puluhan juta pound.

Sumber: Metro