Sanggup Belanja RM57,000 Untuk Beli Anak Lelaki


SEPASANG suami isteri yang mempunyai tujuh anak perempuan, sanggup berbelanja kira-kira RM57,000 untuk beli anak lelaki semata-mata kerana mahu anak itu membawa nama keluarga.

Pasangan itu, Puan dan Encik Chen telah ditangkap dan didakwa di wilayah Guangdong, China.

Menurut laporan media, bayi itu baru berusia sebulan, telah diculik dan dijual kepada pasangan berkenaan. Namun Chen memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Puan dan Encik Chen itu telah lama berkahwin dan terdesak untuk memiliki anak lelaki disebabkan pemikiran `tradisional’ mereka.

Mereka cuba mendapatkan anak lelaki, namun semua anak yang dilahirkan adalah perempuan dan kini berusia antara dua hingga 18 tahun.

Justeru pasangan itu memutuskan untuk memiliki anak lelaki. Mereka dikatakan telah diperkenalkan kepada keluarga Wang yang mempunyai bayi untuk dijual.

Chen mendakwa Wang meyakinkan mereka bahawa bayi lelaki itu tidak diculik dan selepas perjanjian dibuat, mereka membayar wang berkenaan lalu membawa pulang bayi berkenaan ke kampung mereka di Shantou.

Namun sebaik tiba di Shantou, mereka telah ditangkap oleh polis. Kes itu kini dibicarakan di mahkamah.

Sumber: Mynewshub