Sejarah Daerah Yan, Kedah


Mengikut sejarah lama, sebutan “Yan” diambil daripada penghujung perkataan "Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu, tetapi ada juga yang menyanggah pendapat dengan mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah "Durian". 

Yan adalah sebuah bandar kecil dan daerah yang terletak di Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia serta terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Setar dan 30 kilometer dari Sungai Petani.

Menurut catatan dahulu, Daerah Yan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1904 bersamaan 1324H dan merupakan salah satu daripada sebelas buah daerah yang terdapat di negeri Kedah. 

Selain itu, Yan juga bersempadan dengan tiga daerah lain yang terdapat di Negeri Kedah, iaitu Kota Setar, Pendang dan Kuala Muda. 

Keseluruhan Daerah Yan mencatatkan keluasan seluas 95.01 batu persegi bersamaan 246.07 km persegi serta terdapat lima mukim di Daerah Yan iaitu Mukim Yan, Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Daun, Mukim Dulang dan Mukim Singkir.

Daerah ini turut terkenal dengan kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi pelancong dalam dan luar negeri.


Antara kawasan peranginan yang terdapat di daerah ini ialah Gunung Jerai, Pantai Murni, Pusat Peranginan Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.


Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Malah, di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan rekreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. 

Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah Hutan Lipur Gurun Kuari,Hutan Lipur Perigi, Hutan Lipur Sungai Teroi, Hutan Lipur Sungai Kunyit, Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar), Hutan Reakreasi Sri Perigi,Hutan Rekreasi Batu Hampa dan Lubuk Kawah Kampung Teroi Bukit.


Untuk pengetahuan, Logo Majlis Daerah Yan menggunakan Gunung Jerai sebagai latarbelakang dan merupakan salah satu daripada beberapa daerah pentadbiran di Kedah.

Yan turut memiliki hospital yang dipanggil Hospital Yan.

Bukan itu sahaja, daerah Yan merangkumi beberapa mukim di dalamnya seperti Mukim Dulang, Mukim Sala Besar, Mukim Singkir, Mukim Sungai Daun, Mukim Yan, Bandar Guar Chempedak, Bandar Yan, Pekan Simpang Tiga Sungai Limau, Pekan Sungai Limau Dalam, Pekan Teroi, Pekan Singkir.

Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. 


Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.

Dan ada yang mengaitkan Gunung Jerai dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. 

Bagaimanapun, Pegawai Daerah Yan pertama mentadbir Daerah secara rasmi ialah Dato' Indera Segara Madi.

Kawasan tarikan pelancong di Yan adalah Gunung Jerai yang merupakan salah satu tempat penyimpanan khazanah-khazanah purba seperti Padang Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh, Telaga Tok Sheikh dan Batu Kapal.


Yan juga mempunyai pulau-pulau yang menarik antaranya adalah Pulau Songsong, Pulau Bunting, Pulau Bidan dan Pulau Telur.

Pulau-pulau ini telah mejadi tarikan pelancong yang gemarkan pada aktiviti laut seperti memancing ikan  dan turut menjadi tempat persinggahan para nelayan menangkap hasil hasil laut.

Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali "Kampung Acheh" jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. 

Diceritakan, perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.

Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. 

Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah sehinggalah berlakunya campur tangan Inggeris yang telah pun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. 

Walaubagaimanapun, Daerah Yan tetap mencatat sejarahnya tersendiri. - Kedahnews.com