Selepas 'Londeh' PPBM, Anina Cabar Muhyiddin Dan Mukhriz Berdebat


MEREKA cukup 'bangga' ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kini ahli-ahli meninggalkan Dr. Mahathir dan PPBM kerana mendakwa mereka diperkuda dan diberi layanan seperti 'kaldai dan anjing'.

Hina sungguh ahli-ahli PPBM sedangkan mereka adalah ahli terawal dan turut sama mengasas parti serpihan UMNO itu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jika Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz  pemimpin yang dikagumi, kenapa ahli perlu tinggal parti itu semasa parti sedang mencari sokongan?

Bukan seorang dua, tetapi semakin ramai ahli printis parti itu "angkat kaki'' sama ada secara rasmi dan senyap selepas parti itu ditubuhkan.

Ahli PPBM kini sedar kepimpinan parti itu  tidak boleh dikritik. Kepimpinan PPBM tidak boleh menerima teguran orang bawahan. Itu juga yang terjadi pada Exco Armada parti itu sebelum ini.

Pemimpin bawahan dan ahli hanya ada dua pilihan, taat kepada pemimpin, ikut cakap ketua atau pun keluar parti.

" Saya digugur keahlian UMNO kerana menyaman Perdana Menteri pun diberi surat.... tetapi PPBM menggugurkan saya sebagai Ketua Srikandi hanya menerusi WhatsApp, '' kata Anina Saadudin pada sidang akhbar semalam.

Anina sebak sebaik sahaja apabila menyatakan untuk  tinggalkan  PPBM serta merta.

Bagi UMNO, parti yang mempunyai lebih tiga juga ahli  amalkan sikap keterbukaan, sedia menerima kritikan dan cadangan ahlinya pada mesyuarat cawangan, bahagian dan semasa membawa usul pada perhimpunan agung.

Malah ahlinya juga  mengritik presiden dan diberi peluang untuk memberi tunjuk sebab hingga tempoh tertentu sebelum digantung keahlian, dipecat atau dikekalkan dalam parti. .

Semalam, sempena sambutan ulangtahun  Hari Malaysia dua pemimpin wanita yang turut membantu mengasaskan PPBM keluar parti selepas setahun parti itu diwujudkan. .

Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman (ketua penaja) Gopeng) dan bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin (Langkawi) mengumumkan secara rasmi untuk meninggalkan PPBM.

Keputusan dua wanita itu meninggal parti memberi tamparan kepada PPBM dalam persediaan parti itu membuat penampilan pertamavuntuk menghadapi PRU14.

Setiausaha Agung PPBM Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengesahkan Hamidah meletak jawatan sebagai Naib Presiden, Ketua Penaja Gopeng dan berhenti menjadi ahli PPBM berkuatkuasa hari ini.
"PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,"kata Shahruddin.

Sementara itu, Anina lebih awal umum keluar parti dengan mengadakan sidang akhbar .

Menurut beliau keluar parti kerana terlalu kecewa dengan cara pucuk pimpinan menguruskan PPBM dan tidak lagi mendengar suara marhain.

Ini termasuk cara “kejam” beliau dipecat daripada jawatan ketua Srikandi PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Tertinggi PPBM selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.

'Perjuangan saya membela agama, bangsa akan diterus menerusi NGO yang akan ditubuhkan.
 .
Beliau juga tidak akan menubuhkan parti baharu kerana tidak mahu orang Melayu berpecah lagi kerana terdapat lebih lima buah parti orang Melayu yang berdaftar pada masa ini.

 Anina juga di akhir sidang media  mencabar Muhyiddin dan Mukhriz untuk berdebat tentang hala tuju dan cara pengurusan PPBM.

Beliau juga menyifatkan cara PPBM menjatuhkan hukumanterhadap ahlinya  sama seperti 'menggunakan ISA' (Akta Keselamatan Dalam Negeri) .

April lalu, seorang pengasas PPBM Kamarulazman Habibur Rahman  mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan halatuju parti itu.

Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya

Setiausaha Kerja PPBM pusat. dan ketua penaja Teluk Kemang Negeri Sembilan. - Kedahnews.com