AJAL maut di tangan tuhan. Tapi siapa sangka ayahnya pergi menghadap Ilahi usai beberapa minit anak lelakinya bergelar suami.
Beberapa hari lepas banyak perkongsian di laman Facebook mengenai kisah ini yang diceritakan oleh seorang jurugambar profesional. Postingnya itu sahaja sudah cecah 9,600 like dan telah dikongsikan sebanyak 4,000 kali.
Seorang jurugambar profesional ada menceritakan tentang pengalamannya memotretkan moment yang sepatutnya berlangsung dengan gembira tetapi bertukar menjadi sayu dan sedih.
Menurut pengguna Facebook dengan nama Ayul Rahman, dia menyatakan ini adalah kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang pembabitannya dalam bidang fotografi sejak tujuh tahun lalu.
Ceritanya, majlis akad nikah tersebut berlangsung di Hospital Selayang. Mungkin pasangan lain menginginkan suasana yang meriah dihiasi dengan lampu berwarna warni.
Tapi, tidak bagi pasangan ini yang terpaksa mempercepatkan majlis akad nikah kerana bapa pengantin lelaki sedang sakit tenat.
Menurut Ayul lagi, suasana yang sepatutnya dihiasi dengan senyuman gembira bertukar menjadi situasi yang sebak sehingga mengalirkan air mata.
Selesai sahaja acara akad nikah, mereka dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada doktor yang merawat ayahnya untuk melihat lelaki tersebut.
Sejurus beberapa minit selepas bergelar suami, bapanya telah ‘pergi’ dahulu menghadap Ilahi.
“Right after majlis selesai, dapat panggilan kecemasan daripada doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.
“A few minutes after that, bapa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” tulisnya di laman Facebook.
Dapat dilihat Ayul turut berkongsi beberapa gambar yang membuatkan ramai netizen sebak.
Diharapkan pasangan pengantin baharu tersebut tabah menghadapi pemergian orang tersayang.
Sumber: Mynewshub