ALOR SETAR - Pastinya ramai di kalangan kita yang tidak tahu tentang asal
usul sebuah kampung yang terkenal di daerah Padang Terap yang bernama Kampung Nami.
Sejarah Kampung Baru Nami dikatakan telah pun lama wujud sebelum zaman merdeka lagi dan
difahamkan bahawa asalnya kampung ini dihuni oleh penduduk yang majoritinya berketurunan Siam atau Thai.
Disebabkan itu, kebanyakan penghuni di Kampung Baru Nami ini terdiri dari
golongan berumur dan dialek Kedah atau loghatnya lebih mirip kepada loghat Siam, selain mahir berbahasa negara Gajah Putih berkenaan.
Kedudukan geografinya, Kampung Nami terletak disempadan antara Daerah Sik dan Daerah Padang
Terap.
Terdapat sebatang sungai di kawasan tersebut iaitu Sungai Muda, yang menjadi pemisah kepada persempadanan kampung ini dengan kampung lain, namun dihubungkan antara keduanya dengan sebuah jambatan.
Terdapat sebatang sungai di kawasan tersebut iaitu Sungai Muda, yang menjadi pemisah kepada persempadanan kampung ini dengan kampung lain, namun dihubungkan antara keduanya dengan sebuah jambatan.
Nama "Nami" diperolehi daripada dua perkataan siam iaitu
"NAM" dan "MI", NAM bermaksud muka dan MI bermaksud
Beruang.
Dikatakan nama "Nami" tersebut diberikan oleh Raja Bersiong yang memudik ke hilir Sungai Muda dari
Kota Aur suatu masa dahulu sebelum tiba di sebuah lubuk yang dalam dan bentuknya seakan-akan muka
beruang.
Ekoran itu, lubuk berkenaan telah dinamakan bersempena penemuan berkenaan, dikenali sebagai lubuk NAMMI (Nami) dan nama Nami tersebut kekal hingga hari ini.
Ketika zaman darurat, orang-orang Melayu daripada Danglau dan Lubuk
Kemahang dipindahkan ke Kampung Nami dan diberi nama Kampung Baru Nami.
Penduduk Siam masih wujud di sana, tetapi kebanyakan dari mereka telah memilih untuk menetap di Kampung Nami
Lama yang terletak di kawasan berdekatan dengan Sungai Kap, juga di dalam daerah Padang Terap.