Tanah Rizab Melayu Bertambah


ISKANDAR PUTERI - Keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini meningkat kepada 555,527.859 hektar hingga 31 Julai lalu berbanding 555,276.015 hektar seperti diumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 251.844 hektar atau 29.4 peratus.

“Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), daerah Kota Tinggi mencatatkan keluasan tanah rizab tertinggi (128,255.339 hektar), diikuti Muar (80,064.313 hektar) dan Segamat (62,090.819 hektar),” katanya pada Sidang DUN, di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) yang meminta penjelasan tentang jumlah keluasan tanah rizab Melayu dan perancangan kerajaan untuk menambah keluasannya.

Menteri Besar menegaskan, tanah-tanah yang diwartakan atau diluluskan menjadi tanah rizab Melayu di negeri ini tidak boleh dibatalkan dan digantikan dengan sewenang-wenangnya dan kepentingan memelihara perkara itu menjadi keutamaan.

Sumber: Utusan Online