Terasa Pemergian Pak Jabit - Mamat Khalid


KUALA LUMPUR - Pemergian pelakon veteren, Pak Jabit yang meninggal dunia pagi tadi turut memberi kesan kepada pengarah tersohor, Mamat Khalid.

Jelas Mamat, Allahyarham Pak Jabit merupakan seorang yang suka bercerita dan kehadirannya di lokasi penggambaran pasti akan menggamatkan suasana.

Katanya pengarah itu, Pak Jabit juga seorang pengarah dan pelakon yang sentiasa berdisiplin dan komited dalam melakonkan satu-satu watak.

“Saya mula bekerja dengan arwah sekitar tahun 1998 dalam telefilem Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Bermula dari situ, saya suka dengan sikapnya dan sentiasa bekerja bersama.

“Kali terakhir saya bertemu dengan Allahyarham pada dua bulan lepas semasa penggambaran filem Manap Karaoke. Selepas pulang, dia sudah jarang berkomunikasi dengan saya.

“Satu kehilangan buat negara kerana dia merupakan pelakon yang dekat di hati peminat menerusi wataknya dalam Zombie Kampung Pisang,” katanya.

Pak Jabit atau nama sebenarnya Abd. Kadir Samsi meninggal dunia meninggal dunia di Klinik Lanchang, Pahang sekitar pukul 7.10 pagi tadi.

Sumber: Utusan Online