Tiga Pelajar Tahfiz Cedera Telah Keluar Wad


KUALA LUMPUR – Tiga pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang cedera dan dirawat di Wad 7 Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini dibenarkan pulang semalam.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, ketiga-tiga pelajar itu dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaan mereka semakin pulih daripada kecederaan dialami.

“Tiga lagi pelajar masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran dan mereka sedang diberi rawatan sokongan manakala seorang lagi dirawat di Wad Pediatrik,” kata beliau ketika ditemui di lobi HKL di sini semalam.

Sumber: Kosmo