Tradisi Kedah: Cara-Cara Untuk Menghasilkan Air Nira Nipah


ALOR SETAR - Nira nipah merupakan antara minuman tradisi orang dahulu kala di Kedah, namun kurang menarik minat golongan muda di zaman ini.

Namun begitu, ia masih lagi mendapat tempat di hati ramai anak jati Kedah, apatah lagi kini minuman berkhasiat ini dikormesilkan.

Siapa di sini yang suka minum air nira nipah tapi langsung tidak tahu bagaimana air nira nipah ini dihasilkan.

Baiklah! Hari ini sistur ingin kongikan pada semua bagaimana untuk menghasilkan air nira nipah dan proses-prosesnya bermula dari awal hingga ke akhirnya.

1. BUNGA NIPAH — Seperti tumbuhan lain pokok nipah juga berbunga sebelum berbuah. Bunga nipah pada mula ditiupi dengan kulit kumtum. Dan setelah itu ia akan mengembang dan inilah keadaannya.

2. BUAH NIPAH MUDA — Dari kuntuman bunga ia membentuk buah nipah muda. Pada ketika ini buah nipah masih kecil. Pada waktu ini juga buah nipah masih tidak berisi.

3. BUAH NIPAH MATANG — Apabila buah nipah mencapai tahap matang saiz tandannya juga makin membesar. Buahnya mula berisi dan batang tandannya mula melentur.

4. CUCI TANDAN — Setelah dikenal pasti buah nipah telah mencapai tahap matang ia perlu dicuci iaitu membuang semua kulit tandannya.

5. MEMUKUL TANDAN — Batang tandan yang kurang melengkung akan dipukul dengan menggunakan pengetuk kayu.

6. TANDAN BUAH NIPAH — Bentuknya tandan buah nipah yang telah dibuang kulit dan dipukul menjadi melengkung. Ia akan dibiarkan untuk seketika sebelum menjalani proses yang seterusnya.

7. TANDAN DISALUTI LUMPUR — Batang tandan buah nipah tersebut kemudiannya akan disaluti dengan lumpur supaya ia tidak menjadi kering.

8. URUT TANDAN — Batang tandan buah nipah perlu diurut setelah beberapa ketika ia dibiarkan disaluti lumpur. Mengikut perkiraan batang tandan buah nipah tersebut perlu

9. PARAS TANDAN — Selepas tamat tempoh mengurut batang tandan buah nipah tersebut proses memangkas buah dari batang tandan dilakukan. Kemudian ia akan dibiarkan untuk beberapa hari untuk membiarkan nira turun.

10. LETAK TUKEY — Apabila didapati nira turun dengan kuat, barulah boleh ditadahkan dengan tukey. Pada masa dahulu tukey diperbuat daripada buluh.

11. TAHAN NIRA —  Selalunya nira akan ditadah pada waktu malam kerana pada waktu malam, nira dikatakan turun dengan banyak.

12. PUNGUT NIRA — Nira akan dikumpulkan pada keesokan paginya. Mengikut amalan tradisi, nira yang terhimpun dalam tukey akan dikumpulkan ke dalam buyung.


13. "MINUMAN AIR NIRA" — Air nira nipah manis lagi berkhasiat dan untuk menambah keenakan nira nipah perlu dicampur dengan air batu.

Selamat mencuba! - Kedahnews.com