Video: Kucing Gali Kubur 'Atok' Di Langkawi Dapat Perhatian Netizen


ALOR SETAR - Sebuah video yang tular di media sosial facebook semalam menunjukkan seekor kucing seperti sedang menggali kubur ketika bacaan talkin, mendapat perhatian netizen yang turut mencurahkan rasa sedih dan simpati dengan situasi tersebut.

Menurut posting tersebut, setelah selesai pengebumian, kelihatan seekor kucing berwarna putih datang mengelilingi kubur berkenaan dan menggali-gali seperti mencari sesuatu.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut merasa hairan dengan tingkah laku kucing tersebut namun membiarkannya.

Lelaki yang menggunakan nama facebook Soffuan CZ, merupakan cucu kepada arwah yang merupakan seorang pencinta kucing semasa hayatnya.

Menurut Soffuan, kucing tersebut bukan milik arwah datuknya tetapi kucing yang tinggal di kawasan surau berkenaan.

Arwah yang dikenali dengan nama Ismail bin Mat yang telah disemadikan di Masjid Nur Al- Hidayah, Kelibang Langkawi meninggalkan 12 orang anak dan 38 cucu.

Hasil tinjauan Kedahnews di facebook Soffuan CZ, setakat hari ini, posting tersebut telah mendapat 29 ribu 'likes' dan 10 ribu perkongsian. - Kedahnews.com