SHANGHAI - CHINA. Satu video perbalahan antara seorang ibu yang sedang mengdukung anaknya di bahu jalan bersama seorang anggota polis telah dirakam sebelum sesuatu yang mengejutkan terjadi lapor New York Times Reports.
Wanita tersebut kelihatan sedang bertengkar dengan anggota polis berkenaan saman tempat letak kereta serta turut menolak polis tersebut sebelum dijatuhkan oleh rakan sekerja polis dalam video berduari 58 saat itu.
Lebih mengejutkan ketika itu, wanita tersebut turut mendukung kanak-kanak dianggarkan berusia dua hingga tiga tahun yang juga terjatuh akibat kekasaran tersebut di konkrit jalan.
Kedua-dua pegawai polis tersebut kemudian bertindak menggari ibu malang tersebut tanpa menghiraukan kanak-kanak yang menangis kesakitan.
Orang ramai kemudiannya hadir memberikan bantuan kepada kanak-kanak tersebut.
Dipercayai, perbalahan saman letak kereta ini menjadi satu kebiasaan di China namun selepas insiden ini, terdapat kebimbangan tentang kekasaran polis trafik di negara itu.
Sumber: Sinar Harian