Di Mana Wakil Rakyat Pembangkang Kedah 'Hilang' Di Kala Banjir?


ALOR SETAR - Ramai wakil rakyat pembangkang 'hilang' semasa beberapa kawasan di negeri Kedah dilanda banjir sejak Khamis lalu.

Beberapa pemilik akuan Facebook ' merungut' di mana wakil rakyat tersebut berada ketika mangsa banjir memerlukan khidmat dan pertolongan mereka.

Ada yang mendakwa ramai wakil rakyat pembangkang 'menghilang diri' di musim banjir ini.

Beberapa pemegang akuan FB pula mendakwa, pemimpin parti pembangkang terutama PKR sibuk dengan Program Membina Semula Negara yang diatur oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di seluruh Kedah semalam.

" Yang dok buat kerja bantu mangsa banjir iaitu wakil rakyat dan pemimpin  UMNO juga walaupun rakyat pilih pembangkang di kawasan mereka, " kata seorang pemilik akauan FB.

Beberapa kawasan di Kedah dilanda banjir sejak Khamis apabila hujan lebat tanpa henti dua hali lalu.
Seytarakat ini lebih 1,000 telah berpindah.

Antara kawasan yang agak teruk ialah di Kuala Muda terutama di kawasan Bukit Meriam di kawasan DUN Pantai Merdeka dalam parlimen Sungai Petani.

 Sehingga jam 10 pagi ini, selain Kuala Muda, empat daerah lain yang terbabit dengan banjir  Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena.


Tengah malam tadi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mendengar taklimat tentang keadaan semasa banjir dan jumlah yang dipindahkan semasa melawat mangsa banjir yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kechik, Pantai Merdeka di Kuala Muda. 

Sementara itu, beberapa sukarelawan termasuk jawatankuasain UMNO bahagian  dan ADUN BN turut meninjau dan mengedarkan bantuan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota pengua kuasa bencana alam yang lain. - Kedahnews.com.-