Wanita Berak Merata Rupanya Alami Kecederaan Otak


SEORANG wanita misteri yang suka berak di hadapan rumah orang di Colorado telah dikenalpasti sebagai individu yang mengalami kecederaan otak akibat pembedahan menukar jantina.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang lelaki misteri, yang bertindak sebagai jurucakapnya. Lelaki itu mendakwa sebagai wakil kepada keluarganya.

Menurutnya, wanita itu mahu meminta maaf kerana dia tidak dapat mengawal usus menyebabkan dia terpaksa berak di merata tempat.

Lelaki itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dirinya dan wanita itu. Kenyataan berkenaan dibuatnya menerusi YouTube, demikian lapor KRDO.

Dia juga mendakwa perbuatan wanita itu tiada bezanya dengan bayi yang menyusu badan ibu di khalayak ramai.

Wanita misteri itu menjadi perhatian selepas dia dilaporkan berak di depan rumah orang ketika berjoging.

Laporan polis telah dibuat dan kini pihak berkuasa sedang mengesannya.

Sumber: Mynewshub