GEORGE TOWN - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau di sini pagi tadi.
Mangsa berusia 50 tahun itu dilaporkan terjatuh dari tembok tepi jambatan berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.44 pagi dan tiba di situ kurang 10 minit kemudian.
"Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian mendapati suami mangsa masih berada di lokasi kejadian dan mengatakan yang isterinya sudah terjatuh ke dalam laut.
"Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan sehingga kini membabitkan 11 anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Sumber: Kosmo