Wanita Ditahan Ancam Suami Gara-Gara Pinjamkan Ubat Gigi Pada Pembantu Rumah


SINGAPURA - Seorang wanita berusia 41 tahun ditahan pada Isnin lalu kerana mengancam suaminya menggunakan gunting, selepas satu pertengkaran disebabkan ubat gigi.

Polis memberitahu The Straits Times bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai jenayah ancaman di sebuat unit di Blok 447, Hougang Avenue 10 pada pukul 8.53 pagi.

Menurut laporan Shin Min Daily News, wanita itu dikenal pasti sebagai Yu Hong Hong, seorang warga Cina yang baru-baru ini diberikan kewarganegaraan Singapura.

The Straits Times difahamkan pertengkaran berlaku apabila pembantu pasangan itu yang merupakan warga Myanmar meminta kebenaran suami Hong Hong sekiranya dia boleh menggunakan ubat gigi mereka.

Suaminya memberi kebenaran bagaimana Hong Hong tidak gembira dengan keputusan itu, sebelum didakwa memarahi dan menampar pembantu rumahnya.

Hong Hong kemudian mendekati suaminya sambil memegang gunting dan mengancamnya.

Suaminya bagaimanapun menolaknya. Hong Hong kemudian menghubungi polis, tetapi ditahan kerana melakukan jenayah ancaman.

Menurut Shin Min, wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Siasatan berhubung insiden sedang berjalan. 

Sumber:  The Straits Times/Asia News Network