ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami patah tulang belakang selepas terjatuh dari tingkat lima bangun Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) , petang semalam.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kejadian itu berlaku, kira-kira jam 5.30 petang ketika, mangsa berkunjung ke hospital untuk melawat sahabat.
"Siasatan awal mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat lima bangunan bangunan berkenaan" katanya dalam kenyataan kepada media, di sini, semlam.
Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.
"Mangsa dalam keadaan sedar, dia kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut,"katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa mengesahkan wanita itu mengalami masalah mental.
"Mangsa didapati pergi ke hospital pada waktu melawat tanpa tujuan. Wanita berkenaan didapati melompat keluar menerusi tingkap wad sebelum dia terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.
Berdasarkan keterangan polis daripada pengadu merupakan pengawal keselamatan hospital bertugas di Wad 5C, HSB mendapati ketika dia bersama seorang rakan tugasnya sedang bertugas di ruang legar Wad 5D.
Pengadu menyedari seorang perempuan Cina membuka tingkap cermin dan cuba keluar melalui cermin.
Pengadu dan rakan setugasnya cuba menghampiri mangsa tetapi dia menolak pengadu menghalang dari menariknya.
Walaupun, pengadu cuba memujuk mangsa tetapi terus terjun dari tingkat lima wad berkenaan dan terjatuh ke atas bumbung lobi wad di laluan wad diraja.
Pengawal keselamatan memaklumkan kejadian sebelum bantuan kecemasan dari pihak perubatan.
Pegawai perubatan merawat mangsa mengesahkan kecederaan parah iaitu pendarahan di belakang kepala, patah tulang belakang, patah tumit dan retak tulang pinggul.
Mangsa yang dirawat di Zon Merah difahamkan mengalami kemurungan berdasarkan maklumat diterima daripada waris mangsa. Namun, dia tidak pernah menerima sebarang rawatan.
Mangsa tidak bekerja dan hanya tinggal bersama ibunya di rumah dan masih belum berkahwin.
Sumber: Sinar Harian