Wanita, Puteri UMNO Redah Air Bah Hantar Bantuan Ke Rumah Mangsa


ALOR SETAR - Dalam hal keprihatinan terhadap mangsa  banjir, Puteri dan Wanita UMNO antara yang terawal ke depan selain pasukan penyelamat seperti  Polis,  Angkatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat  serta anggota Relawan Malaysia (Rela).

Mereka sanggup 'randuk' air separas pinggang meredah bah tanpa memikirkan risiko buruk untuk pergi dari rumah ke rumah mangsa banjir  bagi menghulurkan bantuan selain bertanya khabar.

Inilah yang berlaku semasa Kedah dilanda banjir minggu lepas dan minggu ini (Khamis, Jumaat dan Sabtu).

Bukan untuk memuji, tetap sejak dahulu Puteri UMNO, Wanita  dan Pemuda UMNO cukup mengambil berat terhadap mangsa banjir. 

Sejak Khamis lalu, banjir melanda lagi kawasan-kawasan rendah di daerah Kuala Muda termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka dan sebagian lagi kawasan Parlimen Sungai Petani. 


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama ADUN Pantai Merdeka, Ali Yahya telah diberi taklamat tentang  kedudukan banjir di kawasan berkenaan.

Sementara itu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata mereka turut mengagihkan bantuan wang tunai dan makanan  kepada mangsa banjir berkenaan.


Antara kawasan yang dilawati ialah Kampung Bukit Belah, Jalan Kuala Ketil, Kampung Sungai Derhaka, Kampung Padang Salim Kota Kuala Muda.

Kini banjir kali kedua dalam tempoh sebulan datang semula, mereka turun meredah air lagi tanpa mengira apa yang akan berlaku..- Kedahnews.com