NEW DELHI - Seorang wartawan kanan wanita yang kritikal terhadap politik nasionalis Hindu ditembak mati di luar kediamannya di sini semalam.
Mayat Gauri Lankesh, 55, pengarang akhbar mingguan ditemui terbaring dengan kesan tembakan di kepala dan dada selepas dipercayai ditembak oleh lelaki bersenjata yang datang dengan menaiki motosikal.
Wartawan di India semakin menjadi sasaran kumpulan radikal Hindu, kata aktivis.
“ Saksi yang berada di depan rumah Gauri ada mendengar beberapa das tembakan,” kata ketua polis bandaraya T. Suneel Kumar kepada wartawan . Beliau menambah pihaknya menemui empat kelonsong peluru di tempat kejadian.
Tahun lepas, dia disabitkan dalam kes fitnah dalam salah satu artikelnya. Dia merayu terhadap keputusan itu.
Mangsa dikatakan baru pulang ke rumahnya pada malam tadi dan membuka pintu apabila penyerang menembaknya, kata polis. Dia mati di tempat kejadian.
Pegawai berkata, mereka mengesyaki dia telah di bawah pengawasan oleh lelaki bersenjata.
Cara kematiannya Lankesh dikutuk secara meluas dengan ketua menteri negeri Karnataka, Siddaramaiah menyifatkan kejadian itu sebagai “pembunuhan terhadap demokrasi”.
Kumpulan pemerhati, Reporters Without Borders mengatakan wartawan nasionalis radikal telah mensasarkan penulis lain, dengan kempen fitnah Online dan ancaman balas fizikal.
“Dengan nasionalis Hindu cuba membersihkan semua manifestasi pemikiran ‘anti-nasional’ daripada perdebatan nasional, tapisan sendiri berkembang di media arus perdana,” kata kumpulan itu.
India berada pada kedudukan ke-136 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2017. - Reuters