Zurin Jundi Sedia Pulangkan Deposit


KLANG – Syarikat perancang perkahwinan, Zurin Jundi sedia memulangkan semula wang deposit kepada 91 bakal pengantin yang telah menempah pakej dengan mereka.

Peguam syarikat tersebut, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, pelanggan yang telah membuat tempahan boleh berhubung terus de­ngan pihaknya bagi membincangkan hal tersebut.

“Mereka boleh berbincang dengan pihak Zurin Jundi sama ada mahu meneruskan khidmat mereka atau mengambil semula deposit.

“Perbincangan boleh dibuat dengan pemilik syarikat, Zurina Ahmad Jundi, 35, atau kakitangan lain,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Premiere di sini yang turut dihadiri Zurina.

Menurut Muhammad Akmal Arif, kekecohan itu te­lah mengakibatkan perniagaan anak guamnya terjejas ekoran terdapat beberapa individu yang didakwa telah melakukan sabotaj hingga menimbulkan masalah antara Zurin Jundi dan pelanggannya.

Tambahnya, anak guamnya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa individu yang telah dikenal pasti mensabotaj termasuk menyeleweng wang syarikat.

“Mereka terdiri daripada kakitangan Zurin Jundi dan orang luar,” katanya.

Sementara itu, berkenaan isu pelamin yang dikatakan seperti reban ayam, Muhamad Akmal Arif berkata, terdapat salah faham dan kekeliruan sehingga menyebabkan isu itu ditularkan.

Sumber: Kosmo