2 Lelaki Mati Ditembak Pada Jarak Dekat Di Kedai Kopi


SIBU- Dua lelaki mati ditembak di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit dalam satu kenyataan berkata suspek melepaskan empat das tembakan ke arah kedua-dua mangsa berusia 47 dan 21 tahun itu dalam jarak lima meter.

Menurut saksi yang juga pemilik kedai makan tersebut, mangsa sedang makan bersama seorang wanita warganegara China apabila didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol.

Wanita itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Pihak polis kini sedang memburu suspek utama yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran QSM6732.

Kes disiasat di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Astro Awani