PUTRAJAYA - Sejumlah 25 penyelidik Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa atas usaha menerbitkan artikel berimpak tinggi dalam pelbagai bidang dan paling banyak dijadikan rujukan penyelidik di seluruh dunia.
Mereka dianugerahkan Malaysia's Research Star Award 2017 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Idris, hasil penyelidikan Malaysia telah bertambah hampir lima kali ganda dalam masa 10 tahun.
Pada tahun lalu, sebanyak 19,176 artikel saintifik berjaya diterbitkan berbanding 3,843 artikel pada 2007.
"Ia merupakan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Clarivate Analytics and Elsevier melibatkan bidang kejuruteraan, sains pertanian, sains bahan, sains perubatan, kimia, sains sosial dan ekologi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan anugerah Malaysia's Research Star Award 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.
Pada majlis itu juga, 18 jurnal Malaysia turut dianugerahkan Pemberian Taraf CREAM 2017 kerana berjaya meningkatkan visibiliti dan penyebaran maklumat serta saintifik kepada masyarakat secara meluas.
Selain itu, enam penyelidik Highly Cited Researches 2016 ialah Prof Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud, Prof Ir Dr Siti Kartom Kamarudin, Prof Dr Bassim H.Hameed, Prof Dr Abdul latif Ahmad, Prof Dr Abdul Karim Alias dan Prof Madya Dr Biswajeet.
Sumber: Astro Awani