Abai Arahan JAS Bukti Kerajaan DAP Pimpinan Guan Eng Angkuh


KEJADIAN tanah runtuh di tapak pembinaan yang mengorbankan lebih 10 nyawa pekerja tapak pembimbanan Sabtu lepas mungkin dapat dielakkan jika kerajaan negeri Pulau Pinang mematuhi arahan Jabatan Alam Setikar (JAS).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang (MTPNPP), Datuk Seri Zainal Abidin berkata kerajaan DAP negeri itu  bagaimanapun angkuh kerana tidak mengendahkan cadangan JAS supaya tidak meneruskan pembinaan di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang terlibat dalam insiden  itu.
/
Zainal yang membidas kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng itu berkata, kecelakaan yang berlaku itu bukan satu kemalangan biasa di tempat kerja seperti dakwaan Ketua Menteri.

Sehubungan itu ujar beliau, Guan Eng perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan melibatkan kehilangan 11 nyawa yang telah berlaku pada Sabtu lalu akibat keangkuhan mereka mengenepikan pandangan Jabatan Alam Sekitar.

Zainal Abidin juga mahu satu badan bebas ditubuhkan untuk mengaudit semua kelulusan projek-projek pembangunan di kaki, lereng dan cerun bukit seluruh Pulau Pinang.

“Seharusnya tiada kelulusan untuk sesuatu permohonan kebenaran merancang jika tidak mendapat sokongan semua jabatan teknikal yang terlibat.

“Sehubungan itu, Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa segera menubuhkan satu badan bebas untuk mengaudit semua kelulusan projek-projek pembangunan di kaki, lereng dan cerun bukit yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di seluruh negeri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu katanya  MTPNPP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dalam tragedi runtuhan cerun itu.- Kedahnews.com