Asal-usul Nama Kedah Dari Pelbagai Versi


Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi  bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis  selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun  1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada  unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi

Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak  memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu  Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha"  ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala  Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di  Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah  Kuala Sungai di kawasan Setoi).


Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit 

Terdapat juga rujukan mengenai Kedah  dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau  "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram"  atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula  bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada  perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. 

Ada pula pendapat  yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab.  "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang  Arab yang menjual gelas berkaki disana sini.


Mereka sering meneriak  perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang  dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang  China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam  pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga  menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.

Asal Nama Kedah - Unsur China 

Dari unsur-unsur China, yakni semasa  Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau " Langa"  (atau Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali  pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha".  

Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam  kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda  Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan  sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam  Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan  sastera. 


Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British;  G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas  Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di  kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 -  916) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola". 

Raja Kora dikatakan  mempunyai nama keluarga "Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura.  Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut  Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang.


Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian

Penulis The Study Of Ancient Timesin The  Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah  pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan  Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. "  Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu  nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota.  

Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di  sebuah tempat yang bemama Serokam. "Serokam" dikaitkan dengan perkataan  Hindustan "Sara" yang bermaksud bangunan dan "Kami" yang bermaksud  urusan.


Quaritch Wales yang banyak menjalankan  kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam.  Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha" nama Kedah tua yang telah  ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. 

Kataha  diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah  dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa  raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama  (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai kawasan-kawasan  yang dikuasai oleh Majapahit. 

Sehingga akhir kurun ke~14, Kedah masyhur  sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi selepas kejatuhan Palembang  dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh ke bawah kuasa Siam.

Barbosa, penulis portugis yang menulis  dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah adalah pusat dagangan pelbagai  jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang dari merata tempat untuk  berdagang. 


Di Kedah terdapat banyak lada hitam yang dibawa keluar ke  China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli kartografi Portugis yang  menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600 memberi gambaran mengenai  pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi dengan bangunan yang dibuat  daripada nibong.

Unsur tempatan yang terkenal mengenai  sejarah Kedah ialah Hikayat Marong Mahawangsa yang mengisahkan sejarah  awal Kedah. Ramai sejarawan menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan,  walaupun unsur itu diakui banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang  terkeluar daripada sejarah. 

Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah  AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang  pegawai tinggi istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan  AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan  sejarah negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun  ke-13 hingga ke hari ini.


Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan

Rekod-rekod lama yang menyebut nama  "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh dikesan semenjak tahun 846  Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku  al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama  "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. 

Buku ini merupakan  buku panduan mengenai kawasan­ kawasan empayar Islam dan mengandungi  juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara.

Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman  yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan  bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah  Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. 

Ibnu Muhalhal yang menulis  dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi  kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah  Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan  taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau  "Kelian" bijih. 

Menurut ibnu Muhafhal "Kelian" seperti itu tidak  terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang  paling istimewa buatannya.. - Kedahnews.com