Atlet Renang Negara Dakwa Dirogol Jurulatih


ATLET renang negara membuat laporan di Balai Polis Cheras, Jumaat lalu, selepas mendakwa dirogol jurulatihnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menerima laporan daripada atlet itu.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sumber: MyMetro