Syed Saddiq Dicabar Siapkan 'Drama Rangkaian Dedak Sistematik'


ALOR SETAR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman 'dicabar' untuk menamatkan 'drama Rangkaian Dedak sistematik' yang diciptanya baru-baru ini kerana ramai yang teruja untuk mengetahui lanjutan kisahnya.

Pemuda UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin, berkata  Syed Saddiq perlu menghabiskan cerita kononnya dia cuba dibeli oleh individu tertentu hingga beliau terlalu sedih hingga terpaksa membatalkan tawaran pengajian di Universiti Oxsford kerana lebih sayangkan perjuangan PPBM.

Saiful  berkata tuduhan dirinya cuba dibeli dan ahli keluarganya  menerima ancaman amat serius dan harus didedahkan kepada umum dengan segera.

"Apa yang perlu dilakukan beliau ialah segera melaporkan pertuduhan ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya kebenaran dapat didedahkan akhirnya," katanya dalam satu  kenyataan, semalam.

Pada masa sama, Saiful Hazizy berkata, pihaknya juga tertarik dengan pendedahan Syed Saddiq bahawa wujudnya 'rangkaian dedak sistematik' yang bertindak membeli dan merasuah beberapa pemimpin PPBM, sekaligus mengaitkan langkah itu dengan Pejabat Perdana Menteri.

Beliau berkata, kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan seharusnya Syed Saddiq perlu membuktikannya dengan melaporkan perkara terbabit kepada pihak berwajib.

"Kita masih menunggu tindakan Syed Saddiq untuk membuktikan setiap pertuduhan dibuat beliau dan bukannya hanya lantang dalam sidang akhbar," katanya.

Pihaknya juga hairan pemimpin tertinggi PPBM tidak bersuara untuk menyokong  dakwaan Syed Sadiq itu.

Hanya Penasihat DAP, Lim Kit Siang sahaja yang menyokong mempercayai dakwaan Syed Saddiq itu baru-baru ini.

Terbaharu, Syed Saddiq mahu bertemu bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman selepas mendakwa beas pemimpin wanita itu  turut menerima 'dedak' untuk meninggalkan parti.

Syed Saddiq akhirnya mengakui keilapannya dengan memberi alasan 'salah faham' dan hanya mendengar cerita sebelah. Hamidah terpaksa membuat aduan polis dan SPRM berikutan fitnah Syed Saddiq itu - Kedahnews.com .