MASJID TANAH - Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu dianggap yang terbaik pernah dibentangkan kerajaan dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional.
Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh berkata, komitmen kerajaan dalam membantu rakyat jelas dizahirkan menerusi Bajet 2018.
“Bajet 2018 adalah bajet negara paling hebat pernah dibentangkan dalam sejarah pemerintahan BN.
“Ia bukan saja inklusif, malah memenuhi keperluan semua segmen masyarakat dan jelas membuktikan bahawa BN tidak memilih bulu dalam membantu rakyat,” katanya pada sidang media sempena program Umno Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Lendu, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi BiKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Sumber: MyMetro