Bapa Mangsa Lemas Beri Tempoh Sebulan Baiki Titi Bahaya Di Baling


ALOR SETAR - Bapa kepada mangsa kanak-kanak mati lemas akibat tergelincir ketika melalui titi Parit Kampung Lanai, Baling memberi tempoh masa selama sebulan untuk menggantikan titi tanpa penghadang itu.

Mohamad Nazri Husin, 37, berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil maka dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.

"Saya beri masa sampai hujung bulan ni saja untuk bina semula titi tu. Jika tak buat juga saya akan cari jalan untuk ambil tindakan," katanya.

Difahamkan bahawa selama ini orang kuat kampung berkenaan hanya mendiamkan diri dan tidak ambil tindakan terhadap keadaan titi yang membahayakan itu.

"Titi tu dah tak selamat, memang perlu tukar titi baru. Saya tak mau apa yang berlaku kepada anak saya berulang kepada anak orang lain.

"Saya juga sedia libatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lanai, Ahmad Omar berkata, masalah berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan wakil Adun Kupang.

Sebelum ini, Mohd Aminuddin berusia yang berusia lima tahun mati lemas akibat tergelincir ketika melalui titi berkenaan kira-kira jam 4.30 petang. - Kedahnews.com