Bekas Pangasas PPBM Dedah Agenda Tersebunyi Mahathir, Mukhriz


BEKAS pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan agenda tersembunyi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz dalam menentukan jawatan kanan dalam parti yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri itu.
  
Semasa awal penubuhan PPBM  di kediaman Dr. Mahathir, kata Kamarul Azman, beliau dilantik sebagai setiausaha manakala Mukhriz sebagai bendahari parti .

"Bagaimanapun, jawatannya berubah menjadi Timbalan Presiden parti ketika saya hendak menghantar borang ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), " katanya sepertimana
yang dilaporkan Utusan Malaysa.

Menurutnya,  berdasarkan perubahan kedudukan jawatan itu jelas terdapat agenda tersembunyi yang cuba dilakukan dua beranak ini.

Katanya lagi,  di awal peubuhhan parti itu Dr. Mahathir dikatakan tidak mahu ke depan sedangkan ketika itu beliau hanya menggunakan simpati orang ramai terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugur daripada jawatan kabinet  dan parti.

Bagaimanapun kini berlaku sebaliknya,  Dr. Mahathir sahaja yang banyak bersuara dan membuat keputusan.

Dalam hal ini kata Kamarul Azman, dakwaan Syed Saddiq kononnya Mukhriz wajar dan layak dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM juga disifatkan terlalu dangkal kerana bekas Menteri Besar Kedah itu gagal menyelesaikan masalah dalaman parti termasuk kes membabitkan bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin, bulan lalu.

Syed Saddiq semasa sidang akhbar semalam menyifatkan tidak masuk akal dakwaan pihak tertentu yang kononnya penubuhan PPBM semata-mata untuk menyediakan laluan politik kepada Mukhriz menjadi Perdana Menteri.- Kedahnews.com