ALOR SETAR - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin tidak yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Pakatan Harapan akan memberikan hak kebebasan media sekiranya menguasai kerajaan di negara ini.
Bahkan Zainuddin yang merupakan bekas wartawan berpengalaman itu mendedahkan bahawa Anwar juga mengawal ketat pengamal media termasuk media arus perdana ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Mengimbas tindakan Anwar itu, beliau menjelaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri itu membuat sekatan terhadap akhbar termasuk menentukan isu yang boleh ditulis dan tidak boleh ditulis, bahkan sanggup menghubungi pejabat untuk mengawal media massa.
"Anwar banyak buat sekatan kepada surat khabar. Apa boleh tulis dan tak boleh tulis, telefon pula lagi ke pejabat.
"Media tidak akan bebas," katanya ketika diwawancara oleh sebuah portal pro-pembangkang baru-baru ini.
Mengulas pandangannya mengenai pendekatan Pakatan Harapan terhadap kebebasan media, Zainuddin turut mengemukakan contoh sekatan Kerajaan DAP di Pulau Pinang yang menyekat dan memalukan media arus perdana.
"Saya tidak yakin akan diberikan kebebasan media, contohnya macam DAP dan PAS di Pulau Pinang, pulaukan Utusan Melayu dulu," kata bekas Ketua Pengarang Utusan itu.

Pengamal media di Pulau Pinang sebelum ini dilaporkan mengeluh dengan sikap kepimpinan kerajaan DAP yang dikuasai Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini yang tergamak memalukan wartawan lapangan.
"Kami tak akan dapat apa jemputan. Apabila kami nak bertanya dalam sidang media dia (pimpinan DAP) akan tanya kami dari mana. Mereka kata takkan jawab soalan media BN (Barisan Nasional).
"Sebelum sidang media lagi air muka kami dimalukan depan wartawan lain," kata wartawan Berita Harian yang enggan dinamakan dan bertugas di negeri pimpinan DAP itu.
Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat jawatan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dilapor pernah membatalkan permit kerja dua wartawan Jurnal Asian Wall Street, John Berthelsen dan Raphael Pura.
Pembatalan permit kerja tersebut telah dicabar ke badan kehakiman negara di mana Mahkamah Agung kemudiannya membuat keputusan membatalkan perintah kerajaan terhadap dua wartawan berkenaan.
Dikatakan bahawa penulisan kritis dua jurnalis asing itu merupakan antara punca berlakunya krisis perlembagaan 1988 yang mengakibatkan campur tangan Mahathir terhadap badan kehakiman negara dan penyingkiran Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abas.
Bagaimanapun, Tun Salleh Abas kemudiannya hanya mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya ketika di era pentadbiran, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila pihak kerajaan memberi pampasan atas penyingkiran tidak beretika Mahathir itu.
Malaysia kini, meskipun mengamalkan kebebasan media, namun menggariskan undang-undang tertentu yang menitik beratkan etika kewartawanan mengikut standard antarabangsa yang membataskan had penyiaran bagi kepentingan negara serta masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama, budaya dan adat resam. - Kedahnews.com