ISU bendera dikibarkan dan lagu UMNO berkumandang di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya pada Selasa tidak bersifat politik dan bukan sesuatu yang luar biasa, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata elemen itu adalah antara aktiviti bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara, yang dirancang pihak sekolah untuk menerangkan tentang perjalanan negara dalam memperoleh kemerdekaan.
"Negara kita merdeka hasil perjuangan UMNO dengan dibantu oleh MCA dan MIC. Ini dapat dilihat apabila Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu memegang jawatan Presiden UMNO pergi ke London untuk memperoleh kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Kuala Nerang Kedah, semalam.
Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas pelajar-pelajar sekolah itu yang menyanyikan lagu UMNO dan mengibarkan bendera parti pada majlis anjuran sekolah berkenaan.
Menurutnya parti pembangkang yang menjadikan perkara itu sebagai isu politik boleh berkata apa sahaja kerana pada dasarnya mereka sendiri sedar bahawa UMNO, MCA dan MIC merupakan penyumbang kepada kemerdekaan.
Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bergandingan dengan DAP dalam Pakatan Harapan yang menyifatkan program itu dilakukan oleh 'diktator' kerana memperalatkan sekolah untuk kepentinggan parti.
Sejarah perjuangan UMNO, bangsa menuntut kemerdekaan negara ini yang diingati di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi sekolah bukan perkara baharu.-
Semasa pentadbiran Dr. Mahathir sepanjang 22 tahunmenjadi Perdana Menteri, program untuk menyemarakan semangat cintakan negara seperti itu tidak pula dipersoalkan. - Kedahnews.com