Berlian Terbesar Dunia Bakal Dijual RM126 Juta


LONDON – Berlian berwarna merah jambu, Pink Raj yang disifatkan ramai pakar permata sebagai berlian terbesar di dunia; bakal dijual pada harga pembukaan AS$30 juta (kira-kira RM126 juta).

Ia yang kini dipamerkan di premis firma lelongan terkenal Sotheby di sini minggu ini, akan ditawarkan kepada awam pada satu acara lelongan di Geneva, Switzerland yang dijangka berlangsung pada bulan depan.

Berlian seberat lebih 37 karat ini, dihasilkan pada 2015 dan dilelong oleh seorang pemilik yang tidak diketahui identitinya. Sebelum ini, cincin berlian seperti ini harganya mencecah AS$1 juta (RM4.2 juta) bagi setiap karat.

“Bentuknya cantik. Ia ada lapisan kusyen dan mempunyai gemerlapan dari semua sudut apabila jari anda bergerak dangan berlian ini melingkari di jari anda,” kata seorang pakar kanan barang kemas Sotheby, Daniela Mascetti.

Pada November 2010 di Geneva, sebutir berlian juga berwarna merah jambu dengan berat 24.78 karat berjaya dijual pada harga lebih AS$46 juta (RM194 juta) iaitu harga rekod bagi setiap karat untuk berlian jenis warna tersebut.

Untuk rekod, berlian terberat pernah ditemui sepanjang sejarah; memiliki kadar 3,106 karat. Batu permata tersebut diberi nama Cullinan Diamond dan ditemui di Afrika Selatan pada 1905 lalu namun harganya tidak pula diketahui.

Manakala berlian paling sempurna seberat 100 karat yang juga berasal dari sebuah lombong di Afrika Selatan pula berjaya dijual dengan harga AS$22.1 juta (RM79.5 juta) di New York pada 2015. – Agensi